Pages

KUIH BOM BIJAN, KETAYAP DAN ONDE-ONDE GULA MELAKA

Assalamualaikum Wbt Sahabat..
Khamis biasanya jika ada bacaan Yassin di surau taman saya akan menghantar sedikit juadah untuk santapan jemaah surau... 

Selalunya saya akan buat kuih muih pelbagai jenis..Pelbagai jenis pun tapi menggunakan bahan yang sama.. keh..keh..keh... 

Yang kuih ketayap tu.. last minute punya kuih.. dapat 7 pcs je.. sebab baki kelapa dan gula melaka dari onde-onde tu banyak lagi.. jadi alang-alang... buat je la kuih ketayap... kononnya lepas dah siap tu.. nak belah 2 kuih ketayapnya.. jadi banyak.. semua jemaah boleh makan.Tapi bila dah sibuk2 kejarkan masa... lupa nak potong.. jemaah surau ada lah dalam 12 orang lebih... maka.. 7 orang je la yang dapat merasa kuih ketayap ekspresku itu..


Kuih ni kan...... kitaorang boleh buat sambil pejam mata.... kah..kah..kah... Punya la selalu buat kuih ni.. kuih kegemaran anak2ku..

RESEPI KUIH BOM BIJAN (KLIK LINK)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 sk garam
1 cawan air - atau lebih. (sehingga menjadi doh)

Inti - sukahati ( saya guna kacang hitam)

Cara membuatnya:
- Satikan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
- Kuih ni tak boleh lembik sangat. nanti meletup bila di goreng.
- Ambil Sedikit adunan sebesar bola pingpong. leperkan dan masukkan inti. bulatkan
- Kemudian golek-golekkan ke dalam bijan sehingga bijan menyelaputi keseluruhan kuih.
- Goreng dlm minyak sederhana panas sehingga kekuningan.
- Angkat dan sedap di makan semasa panas.....




KUIH KETAYAP 

bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan air pandan (pandan di blender dan di tapis)
1/2 cawan susu uht / santan
2 sudu besar minyak
1/2 sk garam

Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan ke dalam bekas. dan kacau sehingga sebati. jika masih ada gumpalan tepung.. Tapis adunan..
- Nak senang guna blender..
- Panaskan kuali.. tuang sesenduk adunan dan goyang2kan kuali seperti membuat telur dadar..
- angkat dan tebalikkan apabila kulit crepe kelihatan menggelembung.

INTI KELAPA:
Bahan-bahan:
2 cawan kelapa - atau lebih
1 blok gula melaka - di cincang 
1/3 cawan air
1 sudu makan tepung gandum 
sedikit garam
daun pandan di simpul

Cara membuatnya:
- Masukkan kesemua bahan dan kacau sehingga gula melaka cair dan menyelaputi keseluruhan kelapa. 
- masak menggunakan api sederhana.



RESEPI ONDE-ONDE GULA MELAKA

Bahan-bahan:
2 cawan tepun pulut
3 sudu makan tepung beras
1 cawan air pandan (tuang sedikit sedikit sehingga adunan menjadi doh yg lembut)
gula melaka di cincang
kelapa parut muda + secubit garam - (ambil bahagian putih) untuk salutan

Cara membuatnya:
- Panaskan air di dalam periuk terlebih dahulu.
- satukan tepung pulut dan tepung beras.
- Tuang air pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
- Ambil sedikit adunan doh. leperkan di tapak tangan. bungkus inti (gula melaka).
- jadikan adunan membulat. masukkan kedalam air mendidih.
- tunggu sehingga kuih naik ke permukaan air.
- Angkat menggunakan penapis dan golek2kan ke atas kelapa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...