Assalamualaikum wbt Sahabat..
Hari tu Abang saya datang dari Sabah bawak macam-macam ikan dan udang.. Tu yang sepanjang minggu asyik makan ikan dan udang je... memang banyak.. sekali bawak udang dekat 3-4 kilo... jenuh nak habiskan.. biasanya saya akan masak banyak dan berikan sedikit dekat jiran-jiran sebelah menyebelah..
kalau udang.. memang selalu buat sambal je la.. tak pun goreng kunyit... Batrisyia dengan Adam pulak langsung tak boleh makan.. Alergik.. yang si Batrisyia ni.. jenis tak boleh tengok seafood... walaupun alergik.. nak jugak merasa.. saya bagi juga la.. kesian kan.. selalunya 2 ekor je.. tapi eh..eh.. pandai bertambah ke 3, 4, 5, ekor pulak... lepas tu... bedesup saya pegi giant.. cari air kelapa... muka dah bengkak dah macam hape dah.... teruk alergik dia ni... kalau adam biasa bibir je bengkak.. kalau batrisyia.. mata bengkak.. bibir bengkak.. lepas tu mula terbersin-bersin... tu belum pakej timbul merah2 kat badan.. tak berbaloi sungguh la pasal makan udang je... deritanya sampai macam tu sekali.. tu yang saya selalunya memang jarang masak seafood.. kesian kat anak2 yang tak boleh makan....
dah.. jom layan resepi udang biasa-biasa je dari saya.. tak de rahsianya masak sambal ni.. saya jenis kalau masak main campak2 je... sukatan pun asal boleh... ikut bahan apa yang ada kat dapo...
RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG
Bahan-bahan:
500g udang - bersihkan
segenggam penuh cili kering - potong2 dan rebus sehingga lembut
1 labu bawang holand / besar
3 ulas bawang putih
1" halia
1 sudu makan penuh asam jawa - di bancuh jadikan 1/2 cawan air
2 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
- Kisar bawang holand, putih, halia dan cili kering sehingga halus.
- panaskan minyak di dalam kuali - lebihkan minyak semasa menumis.
- masukkan bahan kisar tadi. tumis sehingga sambal kelihatan menggelegak.
- kemudian masukkan air asam jawa. tumis menggunakan api perlahan sehingga sambal kelihatan terbit minyak di bahagian atas. kalau nak letak bawang hiris pun boleh.
- Masukkan gula merah dan gula putih..kacau sebati.
- Bila sambal kelihatan garing. masukkan udang dan garam secukup rasa.
- gaul sehingga udang masak. jangan masak udang terlalu lama. udang akan mengecut dan keras.
- tutup api dan angkat. boleh la di hidangkan untuk keluarga tersayang.. :)
No comments:
Post a Comment