Pages

SAMBAL SOTONG SEDAP



Kak Nina jarang masak seafood sebab dua orang anak kak nina alergik pada seafood. tapi kadang2 tu teringin jugak kan.. bila masak sambal kurang sikit anak yang alergik seafood ni nak makan. sebab tak tahan pedas.. kalau tak... habis bengkak-bengkak muka.. tak bagi kesian... dah bagi... lagi kesian...

moh ler kita layan resepi simple

RESEPI SAMBAL; SOTONG

Bahan-bahan:
1/2kg sotong - bersihkan dan toskan airnya
1 labu bawang besar - potong halus
1 sudu makan asam jawa - campur bersama 1/2 cawan air
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan gula melaka
sedikit garam

BAHAN KISAR
segenggam cili kering - rebus sehingga lembut **
2 biji awang merah **
3 ulas bawang putih **
1/2" halia **
1 batang serai**

Cara Membuatnya:
- Kisar terlebih dahulu bahan yang bertanda **. ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. tumis bahan kisar sehingga garing. terbit minyak
- Masukkan air asam jawa. dan gula pasir. masukkan gula melaka.
- biarkan seketika sehingga sambal kelihatan berminyak sedikit di permukaannya.
- Masukkan bawang. sehingga bawang agak layu.
- Dan akhir sekali masukkan sotong. perasakan dengan garam
- Masak sotong lebihkurang 5 minit. jangan terlebih masak sotong kerana sotong akan menjadi liat jika terlebih masak.
- angkat dan boleh di hidangkan bersama nasi dan lauk yang lain.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...