Kuih serimuka ni Kak Nina tak boleh buat post mortem sebab jiran kak nina yang tempah. masa tu pun kak nina busy nak keluar bejalan dengan kawan. jadi memang tak sempat nak buat lebih..
Anak-anak kak nina bukan main usya kuih ni... :) balik-balik tanya siapa punya?? siapa order? ish.. orang sebok nak bejalan.. sebok nak suh buat kuih.. last2 beli je kuih serimuka kat luar.. habis cerita..
Jom layan resepi
RESEPI KUIH SERIMUKAN PANDAN
Bahan Lapisan Bawah:
500gm berasa pulut - kak nina rendam 1/2 jam je
100ml santan
400ml air
1 tsp garam
2 sudu makan minyak
Cara membuatnya:
- panaskan pengukus.
- toskan air beras pulut tadi. satukan kesemua bahan.
- kukus lebihkurang 30 minit atau sehingga pulut masak.
- Bila dah masak tekan pulut ke dalam loyang 10" x 10" yang telah di lapis dengan plastik.
- Ratakan dan tekan dengan mampat.
Bahan Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
180gm gula (jika nak manis boleh tambah ke 200gm)
3 biji telur
200ml santan kotak
500ml air pandan - 10 helai daun pandan di kisar dan tapis
Cara membuatnya:
- Bancuh kesemua bahan di atas dan tapis ke dalam periuk.
- Masak sehingga naik wap. kacau menggunakan whisk.
- Tuang di atas pulut tadi. kukus lebihkurang 30 minit atau sehingga masak.
- Perhatikan penutup pengukus agar air tidak menitik jatuh ke dalam kuih.
- Saya tutup guna aluminium foil.
-- bila dah masak sejukkan seketika sebelum di potong menggunakan pisau plastik
No comments:
Post a Comment