Baru datang seru nak mengoci. tu pun sebab terbeli daun pisang. konon-konon daun pisang tu nak alas untuk ikan bakar nanti.. Tapi memandangkan asyik tak ada masa je nak bakar ikan.. (padahal boleh je pon bakar kat periuk ajaib) takut daun pisang tersebut kering.. Maka terjadi la koci bersantan yang sedap...(sedap rupanya koci bersantan ni) selalu makan yang tak ada santan..
Koci ni kan..bila sejuk pun tak liat.. pulak tu elisya buat sebesar bola golf.. ya ampun.. seksanya nak masuk mulut.. terpaksa makan guna sudu.. kalau koci biasa beli.. sekali ngap je.. ni kena berkali-kali ngap.. hihihi
jom layan resepi... (lupa nak ambil gambar step by step)
RESEPI KUIH KOCI BERSANTAN
Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
1 camt garam
sedikit perwarna hijau
1 cawan air (air di tuang perlahan-lahan sehingga adunan tepung menjadi doh. jangan tuang sekaligus)
Cara Membuatnya:
- Satukan Tepung pulut, tep beras, tep gandum dan garam di dalam 1 bekas.
- letak sedikit perwarna hijau.
- Tuang air perlahan-lahan sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung menjadi doh.
Bahan Inti:
1 biji kelapa parut putih
1 cawan gula merah/melaka
1/2- 3/4 cawan gula pasir
daun pandan simpul
1/2 cawan air
Cara Membuatnya:
- Satukan gula melaka, gula pasir di dalam periuk. tuang 1/2 cawan air. masak sehingga gula larut.
- Angkat dan tapis.
- Kemudian masukkan kelapa di dalam kuali. tuang air gula tadi. masukkan daun pandan simpul.
- Kacau sehingga kering. angkat dan sejukkan.
Resepi Kuah Santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan gula
sedikit garam
3 cawan santan
Cara membuatnya:
- Satukan kesemua adunan. kacau rata.
- masak menggunakan api perlahan sehingga adunan kelihatan kental dan likat. angkat
CARA MEMBUAT KUIH KOCI:
- Ambil adunan tepung sedikit dan bentukkan bulat.
- Letak inti kelapa di tengahnya. Buat sehingga habis.
- Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
- Masukkan adunan yang koci yang telah di bentuk tadi. masak sehingga adunan terapung naik ke permukaan (seperti onde-onde)
- Angkat guna penapis. letak sedikit minyak supaya kuih tidak melekat.
- Masukkan kedalam kuah santan.
- sediakan daun pisang yang telah di layur.
- masukkan kuih koci dan tuang sedikit santan.
- Bungkus. buat sehingga habis.
- Kukus lebihkurang 5 minit.
No comments:
Post a Comment