Pages

RENDANG AYAM DAN SAYUR LODEH SIMPLE




Rezeki dapat Ketupat dari kawan incik suami. Terus K. Nina merendang. Dah macam hari raya. Anak-anak buka tudung saji.. Ayat pertama keluar dari mulut diorang... Wowwwwwwww.. hehehe
Dalam setahun boleh di bilang berapa kali buat menu macam ni.. tu yang bila makan seleranya lain macam.. Penangan ketupat...

Resepi K.Nina copy dari sajian dapur bonda

Rendang Tok Versi Ayam
Inspirasi: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahan A:
Seekor ayam segar (anggaran 2 kg) – dipotong 12
2 cawan santan + 1 cawan air = 3 cawan santan 
(kalau guna santan kelapa, gunakan tiga cawan pati santan)
6 sudu besar kerisik
5 keping asam gelugor
4 keping daun kunyit – dihiris halus
5 – 6 helai daun limau purut
1 batang serai – dititik
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Bahan-bahan B (dikisar basah):
8 sudu besar cili kering kisar
4 biji bawang besar – dipotong kecil terlebih dahulu
4 ulas bawang putih
6 batang serai – dipotong serong
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya

Bahan-bahan C (rempah):
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu keci serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar serbuk garam masala
1 sudu kecil serbuk rempah masak hitam – Kak Noor guna jenama Az-Zain
Air secukupnya

Persediaan Sebelum Memasak:
1. Ayam dipotong 12 dan dibuang semua kulit. Kemudian lumurkan ayam dengan 3 sudu besar tepung gandum dan 2 sudu cuka. Biarkan 2 minit. Kemudian basuh bersih dan toskan (Kaedah ini selalu digunakan oleh Kak Noor untuk menghilangkan bau hanyir ayam dan isinya kembali pejal setelah dibasuh – petua daripada bonda).

2. Perap ayam bersama 3 sudu besar rempah daging dan 1 sudu besar serbuk kunyit selama lebih kurang 20 minit.

3. Panaskan minyak dan goreng ayam ½ masak. Angkat dan toskan.

4. Masukkan kesemua Bahan B di dalam blender basah dan kisar sehingga semua bahan lumat. 

5. Satukan kesemua Bahan C dan bancuh dengan sedikit air sehingga menjadi pes.


Cara-cara Memasak:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis serai sehingga layu sedikit.

2. Kemudian masukkan bahan kisar B, kacau rata. Diikuti dengan bahan C (pes rempah). Kacau dan masak sehingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.

3. Selepas itu tuang santan dan kacau. Masak sehingga mendidih.

4. Kemudian masukkan ayam, diikuti dengan asam keping, daun limau purut, kerisik, gula perang, gula putih, dan garam. Kacau rata sehinga semuanya rasa sebati.

5. Bila ayam telah masak dan kuah agak pekat, masukkan hirisan daun kunyit ke dalam rendang. Kacau sehingga sebati dan biarkan mereneh 1 minit di atas dapur sebelum tutup api.



Bahan-bahan:
10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
1/4 biji kobis - di hiris
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe*
2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)

2 btng cili merah- di potong serong
2 btng serai- di titik
1 kotak santan - bancuh dengan 4 cawan air
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis

Bahan Kisar
2 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

Cara Membuatnya:
- Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
- Tumis hingga terbit minyak. Masukkan air. biarkan mendidih.
- Masukkan carrot, kcng panjang.Gaul sebati.
- Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
- Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
- Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
- Bila dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...