Pages

KEK COKLAT SEDAP




kek coklat mampu tengok je.. menyesal tak buat 2 biji tadi. kalau rajin petang nanti nak buat lagi. ni untuk kak asmah nak bawak pi asrama anak. tq kak
Oh ya.. kek coklat ni boleh di kukus ye.. tapi hat ni saya bakar. moist jugak.

.RESEPI KEK COKLAT
Bahan-bahan:
1 cawan susu cair / fresh milk
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
4 biji telur Gred A
1 sk ovalette
2 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
(ayak kesemua bahan kering)
Cara Membuatnya:
- Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk.
- masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut. biarkan suam.
- Putar telur dan ovalette sehingga kembang.
- Masukkan adunan coklat yang di masak tadi.
- Kacau rata, Kemudian masukkan bahan kering yang telah di ayak. putar sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam loyang size 9" yang telah di alas kertas minyak.
- Bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 45 minit atau sehingga masak.
- Bila dah masak sejukkan... boleh tuang ganache atas kek.
- Selamat mencuba.

RESEPI COKLAT GANACHE
Bahan-bahan:

300gm coklat compound (milk)
150g susu cair
2 sudu makan minyak jagung
Cara Membuatnya:
- Satukan coklat dan susu cair ke dalam mangkuk.
- Dengan menggunakan kaedah double boiler kacau sehingga coklat cair.
- kemudian tuang sedikit minyak jagung. kacau rata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...