Pages

KEK MARBLE GEBU





Hari tu akak buat kek span belang ni untuk di bawa ke surau.. tapi akak buat 2 adunan. Guna loyang 10".
Kek jadi tinggi dan besar. Cantik la kejadian bila di potong.

RESEPI KEK MARBLE GEBU
BY: NINA MAHDAR

Bahan-bahah:
5 biji telur gred A
120gm gula pasir halus
1 sudu makan penuh ovalete
50g susu cair
180g tepung gandum - di ayak
1 sudu kecil baking powder
50g butter cair

Cara membuatnya:
- satukan kesemua bahan KECUALI butter cair di dalam mangkuk adunan.
- putar sehingga adunan kembang dan berwarna putih krim.
- masukkan butter cair. Putar sekejap menggunakan kelajuan sederhana. Kaup balik adunan.
- bahagi adunan kepada 2 bahagian.
- 1 bahagian biarkan warna asal dan 1 bahagian lagi masukkan perwarna coklat dan 1 sudu makan chocolate paste.
- kacau rata sehingga sebati.
- sediakan loyang 7". Ambil sesenduk atau sesudu adunan putih. Kemudian letak di bahagian tengah loyang.
- ambil sesudu adunan coklat. Letak di bahagian atas adunan putih. Buat berselang seli sehingga habis.
- Bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 30-35minit mengikut kepanasan oven masing2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...