Malam tadi buat Banana Chocolate Muffin untuk bekal anak nak bawak pi sekolah..
stok pisang dari sabah pun banyak, pemberian dari Marhuni Aris. selagi tak habis pisang tu.. nampaknya.. hari2 menu berasaskan pisang..
Buat muffin ni yang bestnya tak perlu guna mixer. Guna whisk je.. kalau whisk tak ada.. boleh guna garfu atau senduk kayu. kalau semua tak ada.. dah.. pi beli je kat luar...
RESEPI BANANA CHOCOLATE MUFFIN
by: Nina Mahdar
by: Nina Mahdar
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang - size besar (di lenyek sehingga hancur)
(terpulang nak guna pisang apa.. saya guna pisang abu)
2 biji Telur Gred A
1 cawan gula
1/2 cawan Minyak Jagung
1/2 cawan Susu Uht/cair
1 tsp esen Vanila
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Serbuk Koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1/3 tsp garam

Cara Membuatnya:
- Satukan telur, gula, minyak, susu dan esen vanila di dalam mangkuk adunan.
- Kacau menggunakan whisk sehingga adunan sebati.
- Kemudian masukkan pisang lenyek. kacau rata.
- Akhir sekali masukkan bahan kering. (tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam)
- kacau rata.
- Masukkan 3/4 penuh adunan ke dalam acuan kertas.
- Tabur dengan coklat chips atau almond jika suka.
- Bakar pada suhu 180'c selama lebihkurang 25 minit atau sehingga masak.

No comments:
Post a Comment