Pages

KEK MARBLE NESTUM





Nampak ada sedikit baki nestum kat rumah.. saya jadikan kek marble nestum.. Sedap rasa kek marble ni. terasa lemak manis nestum tu.

Untuk resepi ni.. nestum tu memang tak di kisar ye. Tapi kalau u guys rajin boleh juga di kisar halus. kalau di kisar tekstur kek akan jadi lebih gebu dan lembut..

KEK MARBLE NESTUM
BY: NINA MAHDAR
https://www.youtube.com/watch?v=YL4PYJ-iqGU&feature=youtu.be

Bahan A:
5 biji telur - gred A
1 camt esen vanila
120gm gula kaster (kalau nak manis lagi boleh jadikan 140gm)
1 camb ovalette
50gm air atau susu uht ( saya tak ada stok susu jadi saya gunakan air)

Bahan B:
50gm nestum
1 camt baking powder
170gm tepung gandum (di ayak) terlebih dahulu

Bahan C:
100gm minyak jagung

Cara membuatnya:
- Satukan ke semua bahan A ke dalam mangkuk adunan.
- Putar sehingga bahan A kelihatan kembang dan berbuih.
- Selepas itu masukkan bahan B.
- Putar lagi sehingga adunan menjadi kembang dan berwarna putih. adunan juga akan menjadi sedikit berat.
- Masukkan minyak jagung. putar sebentar.
- kemudian kaup balik sehingga sebati.
- Bahagi adunan kepada 3 bahagian. warnakan mengikut warna kegemaran.
- Masukkan adunan berselang seli ke dalam loyang berukuran 8".
- Bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 25-30 minit mengikut suhu oven masing2.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...