Pages

KUIH KETAYAP / KUIH DADAR GULUNG








Saya buat kuih ini untuk di bawa ke surau ahad lepas. jamuan selepas kuliah maghrib surau taman.
Memang menjadi rutin setiap minggu saya akan buatkan makanan untuk apa2 majlis kat surau.

Semua orang menggemari kuih ni di tambah dengan inti yang kurang manis. Al maklum lah kebanyakan jemaah2 surau itu semua berstatus warga emas. tak suka makan yang manis2.. ^__^

Jika hendak kulit kuih ketayap yang menggerutu sedikit boleh kuatkan sedikit api. dan sapu kuali non stick dengan minyak. kalau hendak yang kulit yang halus pula.. tak perlu sapu minyak pada kuali non stick. tapi kena masak api perlahan. ada orang suka ketayap menggerutu ada pula suka yang halus. jadi saya buat ke dua-duanya. :) ok toksah gaduh2.. ^__^

RESEPI KUIH KETAYAP / DADAR GULUNG INTI KELAPA
by: Nina Mahdar

Bahan Inti Kelapa:
1 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
1 cawan gula merah. (kalau suka manis tambah lagi 1/2 cawan)
1 cawan air
1 sudu kecil garam
daun pandan - di simpul
2 sudu makan tepung jagung

Cara Membuatnya:
- Masukkan gula merah kedalam kuali. masukkan air.
- Masak sehingga gula merah larut.
- Kemudian masukkan kelapa, garam dan daun pandan simpul.
- Kacau sebati dan sekata.
- Akhir sekali masukkan tepung jagung. gaul rata.
- Angkat dan ketepikan.

Bahan Kulit Ketayap
2 cawan tepung gandum
1 biji telur - gred A
2 cawan santan cair
3 helai daun pandan (di kisar bersama 1 cawan air)
2 sudu makan minyak jagung
sedikit garam

Cara Membuatnya:
- Kisar daun pandan dan tapis. ambil jus pandan sahaja.
- Kemudian tuang jus pandan ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan telur gaul rata.
- Masukkan pula santan cair dan garam.
- Masukkan tepung. kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan minyak masak. tapis adunan.
- Panaskan kuali non stick. tuang sedikit adunan. ratakan.
- Masak sehingga permukaan kuih ketayap kering.
- Pindahkan pada pinggan.
- Kemudian letak inti pada kulit ketayap. gulung dengan kemas.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...