Baru perasan gambar roti sekeping je.. Yang banyak Video.. Adeh.... ni pun gambar masih dalam tray lagi..
Saya buat roti ni untuk jualan di taman. Alhamdulillah semua cakap sedap. Resepi saya kongsikan kat bawah ye.
ROTI SARANG LEBAH
by: Nina Mahdar (masak cara saya)
Bahan-bahan:
1kg Tepung Roti (Japanese Bread Flour)
1 camt garam halus
70gm Gula Pasir Halus
11gm Yis Kering (1 peket)
1 biji Telur - Gred A
100ml Whipping Cream
100ml Susu UHT (Full Cream)
450ml - 480ml Air Sejuk (saya guna 480ml)
100gm Marjerin / Butter
Bahan Sapuan Telur:
1 biji telur
2 sudu besar susu sejat / susu full cream
Hiasan Topping:
cheddar cheese
kepingan badam
kuaci putih
kuaci hijau
bijan putih
bijan hitam
Cara Membuatnya:
- Satukan Tepung Roti, garam, gula yis dan telur ke dalam mangkuk adunan.
- Putar menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana.
- Masukkan whipping cream dan susu full cream. uli lagi sehingga menjadi doh.
- Masukkan marjerin atau butter. uli semula sehingga doh menjadi halus dan tidak melekat di permukaan mangkuk adunan.
- kemudian Timbang doh seberat 30g. bulatkan dan masukkan kedalam loyang berukuran 7".
- Saya gunakan loyang aluminium pakai buang.
- Tutup dan rehatkan sehingga doh mengembang 2 kali ganda dari size asal.
- bila dah kembang sapu permukaan doj dengan bancuhan telur.
- Kemudian parutkan cheese di tasnya. tabur bahan topping.
- Bakar pada suhu 18-'c selama lebihkurang 25 minit atau sehingga perang mengikut kepanasan oven masing2. Saya gunakan api atas bawah.
RESEPI SOS KARAMEL (boleh gandakan adunan)
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir halus
1 sb butter (saya guna jenama LURPARK salted)
1 1/2 cawan susu sejat (kalau nak pekat sikit guna 1 1/3 cawan je) / boleh gantikan susu dengan whipping cream
Cara Membuatnya
- Panaskan Non Stick pan. tuang gula perang dan gula pasir kedalam pan.
- Cairkan sehingga gula hancur dan berwarna perang.
- Gunakan api kecil sahaja.
- Bila gula dah cair masukkan butter. kacau rata.
- Masukkan susu sejat atau whipping cream perlahan-lahan. kacau sehingga semua sebati.
- Sejukkan sebelum di tuang di atas roti.
No comments:
Post a Comment