Pages

DONUT GEBU TANPA MIXER


 



Assalamualaikum. kali ni saya buat donut dengan campuran tepung jagung dan tanpa menggunakan mixer. Donut lembut dan gebu. enjoy.. BAHAN-BAHAN: 170ml susu suam 8gm yis (1 sudu kecil) 50gm Gula pasir 250gm tepung gandum 30gm tepung jagung 1 sk garam 1 biji kuning telur gred A 1 sb mentega Cara membuatnya: - Masukkan susu suam ke dalam mangkuk adunan. - kemudian masukkan gula dan yis. gaul rata. tutup selama lebihkurang 5 minit. - adunan yis akan kelihatan berbuih. jika yis tidak berbuih dan mengembang. yis yang anda gunakan tidak aktif dan rosak. perlu menggunakan yis yang elok. - selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan kuning telur ke dalam adunan yis tadi. - kacau menggunakan senduk sehingga adunan menjadi doh. adunan akan menjadi melekit.. - masukkan butter atau marjerin. kacau lagi sehingga butter sebati pada adunan doh. - tutup mangkuk adunan dan rehatkan selama lebihkurang 30 minit. - tabur tepung pada permukaan meja. letakkan doh. - uli sebentar sehingga doh tidak melekit di tangan. tak perlu uli lama. tabur tepung pada pemukaan doh semasa proses menguli. - bahagi doh kepada 10 bahagian. sapu sedikit minyak pada tangan. - bulatkan doh tadi. susun pada tray yang telah di tabur dengan tepung. - leperkan dan tekan sedikit permukaan doh. rehatkan selama lebihkurang 3 - 5 minit. - lubangkan tengah donut. saya menggunakan acuan noozle. - goreng donut menggunakan api perlahan. jangan bolak balikkan donut semasa proses menggoreng untuk mengelakkan donut menyerap minyak. - sejukkan sebelum di salut dengan gula,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...