Pages

KEK BUAH BAKAR

 







Buat lagi kek ni.. tak tau dah berapa puluh kali buat.. kek ni tak sesuai di kukus ye. Nak bagitau awal2.


RESEPI KEK BUAH BAKAR / LIGHT FRUIT CAKE
By: Nina Mahdar

KEK BUAH BAKAR bahan-bahan: 250gm mixfruit 2 sudu makan tepung gandum (untuk gaul pada buah) 250g mentega 150g gula kaster (kalau nak kurang manis boleh guna 130gm) 1 sb ovalette (nak letak boleh.. tak letak pun tak pe) 1 tsp esen vanila 4 biji telur gred A
100ml susu uht/segar 250 tepung gandum 1 tsp baking powder 1/2 tsp serbuk kayu manis Cara membuat: - Ambil 2 sudu besar tepung dan gaulkan dengan buahan campuran untuk mengelakkan buah dari mendap ke dasar kek. - Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang. - Kemudian masukkan esen vanilla. - Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi sehingga sebati. - Sementara itu satukan tepung dengan serbuk penaik dan serbuk kayu manis. - Masukkan tepung sedikit demi sedikit. putar rata. - kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit sambil adunan terus di putar. - Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata. - Masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 7 inci. - Bakar dalam ketuhar selama 40-45 minit atau sehingga masak. - Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering. Selepas 40 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar licin maksudnya kek dah masak bolehlah diangkat dan sejukkan atas redai. - sejukkan kek. Bungkus terlebih dahulu menggunakan plastik wrapping lebihkurang semalaman untuk dapatkan kek yang lembab dan buah tidak berterabur bila di potong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...