Hari ni saya kongsikan #carasaya buat kek gula hangus atau kek sarang semut. Resepi mudah dan tak perlu di perap. kalau nak dapatkan kek yang tinggi boleh doublekan adunan resepi. kalau nak tengok video cara membuatnya boleh klik link ni https://www.youtube.com/watch?v=CD1uQ6xPvg8 Resepi kek gula hangus sarang semut. (Sukatan cawan metrik) Bahan-bahan: 1 cawan gula 1 cawan air panas 1/2 cawan mentega - di cairkan 3 biji telur - gred A 1 sk esen vanila 1 cawan susu pekat 1 cawan tepung 1 sk soda bikarbonat Cara membuatnya: - cairkan gula sehingga kelihatan perang. - masukkan air panas dan kacau rata sehingga gula benar2 larut. Ketepikan. - cairkan mentega dan ketepikan. - kacau telur, susu pekat dan esen vanila menggunakan whisk. - Kacau rata sehingga sebati. - Kemudian masukkan mentega cair tadi. - satukan bikarbonat kedalam tepung dan ayak. - masukkan ke dalam adunan telur tadi. Kacau rata. - akhir sekali tuang gula hangus tadi. Kacau sehingga adunan tidak berketul. Boleh di tapis. - tuang ke dalam loyang. Bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 30 minit atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment