Pages

KEK HELLO KITTY



Throwback kek bulan lepas.. Tempahan dari jiran setaman. 1st job untuk Elisya.. :) kek bertemakan Hello Kitty. Kat bawah ni saya sertakan resepi dan tutorial cara2 membuat kek hello kitty yang palinggg senang...  


RESEPI KEK SPAN STRAWBERRY

Bahan-bahan:
5 biji Telur Gred A
140g Gula pasir halus
170g tepung gandum
1 camt baking powder
1 sudu makan Ovalette
1 sudu makan esen strawberry
1 sudu kecil perwarna pink
50g susu uht
50g butter cair

Cara membuatnya:
- Satukan kesemua bahan kecuali BUTTER CAIR dan putar sehingga kental, kembang dan pekat.
- kemudian masukkan perlahan-lahan butter cair. kaup balik sehingga adunan sebati.
- Tuang adunan kedalam Loyang bulan 10" dan bakar menggunakan suhu 170'c selama lebihkurang 35 minit.
- Apabila kek sudah masak.. keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas redai.


RESEPI BUTTERCREAM

Bahan-bahan
250g Pure butter
150g shortening
250g Krimwell
1 camt esen vanila
SUSU PEKAT - IKUT CITARASA

Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan kecuali susu pekat. putar sehingga kembang.
- Masukkan susu pekat perlahan-lahan sambil adunan terus di putar.
- Rasa mengikut citarasa dan tahap kemanisan masing2.

CARA MEMBUAT KEK HELLO KITTY

Print gambar Hello Kitty terlebih dahulu

Kemudian letak di atas kek yang telah di sejukkan tadi.

Potong kek menggunakan pisau mengikut bentuk kepala hello kitty tersebut.

potong kek 3 bahagian.

Letak filling strawberry dan ratakan.

Kemudian letak adunan bettercream. 

rata di seluruh permukaan kek.

letak kek di atas krim tadi. dan ulang sehingga kek habis

kek yang telah di letakkan filling.

potong bahagian riben hello kitty. ambil lebihan kek dan potong mengikut contoh gambar.

lekatkan di atas kek.

Sapu atau crumb coat keseluruhan kek menggunakan buttercream.

Saya menggunakan Nozzle Star yang bertanda seperti di atas.

Cairkan sedikit coklat masakan + susu. bentukkan outline untuk bahagian mata hidung dan misai.

Mula menghias kek. Masukkan adunan buttercream ke dalam piping plastik. picit piping dan hias di keseluruhan kek.

Hiasan akan berbentuk seperti star. picit perlahan2 sehingga habis.. selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...