Kek ini di buat pada tahap kemalasan paling maksimum.. tu pun terpaksa buat sebab keknya dah berada dalam peti ais selama 2 hari.. ^__^ tu yang kek togel je.. yang buat border kat tepi tu pun Elisya yang buat.. memang kecik beso kecik beso je la kejadiannya..
Sebenarnya memang plan nak buat yam cake pun sebab kebetulan ada ubi yam kat rumah. Tapi bila kek dah siap buat.. rasa malas pulak nak lenyek yam... bila dah tertangguh tangguh makin tebal la penyakit malas tu kat dalam diri...
Yang ni gagahkan juga la sebab sakit pula mata tengok kek berbalut dalam peti ais.. lagipun bila anak-anak bukak peti ais.. asyik tanya.. "mama... kek ni kek siapa?" 3 kali bukak peti ais.. 3 kali tanya...
Lepas dah buatnya... penyakit malas nak mengupdated dalam blog pulak menyerang.. maka bersemadi la dikau wahai gambar di dalam memory card...
Sebab dah tahun 2017.. i pun dah ada azam baru.. keh..keh..keh.. jadi.. moh la kita layan resepi..
RESEPI YAM CREAM CAKE
RESEPI SPONGE CAKE
Bahan-bahan:
5 biji telur
150g gula pasir halus
50g air
100g tepung gandum
50g tepung jagung
1 camt baking powder
1 camt esen vanila
1 sudu makan ovalette
50g minyak jagung
1 sudu kecil perwarna purple
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan kecuali MINYAK dan putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang, kental dan gebu.
- Masukkan minyak perlahan-lahan dan kaup balikkan adunan.
- Tuang ke dalam loyang 9" x 9" dan bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 35 minit atau sehingga masak.
- Apabila masak keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas redai.
RESEPI KRIM YAM
Bahan-bahan:
200g Ubi Yam purple - di rebus dan di lenyek sehingga halus. (saya blender dengan sedikit susu)
100g susu pekat - kurangkan atau lebihkan mengikut citarasa anda
200g Non Dairy Fresh Cream
sedikit perwarna purple
Cara Membuatnya:
Lenyek atau blender ubi yam sehingga halus. boleh juga di lenyek menggunakan penapis jika kurang halus.
Masukkan susu pekat dan gaul sebati.
Yam yang telah di mix bersama susu pekat.
sediakan fresh cram. putar sehingga kental.
masukkan yam tadi dan kacau sebati.
masukkan perwarna purple dan kacau sebati.
CARA MENYEDIAKAN YAM CREAM CAKE
bahagi kek kepada 3 bahagian
Ambil sedikit adunan cream dan ratakan di permukaan kek
Kemudian tutup dengan lapisan kek. ulang proses sehingga habis
ambil lebihan krim dan ratakan di keseluruhan kek.
Hias mengikut kretiviti anda..
No comments:
Post a Comment