Pages

SOTO AYAM SIMPLE



Lama sungguh tak updated blog ni..kalau rumah dah penuh habuk pakej besawang agaknya.. nak kata sibuk tak juga,,, tapi ntah.. rasa semakin malas nak duduk lama2 depan pc..
Masak.. buat kek.. ambil gambar pun gitu2 je,. dah tak semangat macam dulu.. di sebabkan faktor usia rasanya...
ada kah i semakin tua???... ok nangis....... ^__^

Resepi asal : SOTO AYAM SEDAP
Resepi Oleh : Kak Ina KL
Resepi CopyPaste: Puan Azlita masam manis
Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
3 batang serai ~ di titik. ( ita guna 2 batang sahaja sebab ita kisar semua sekali )
1 inc lengkuas ~ yang ni ita tambah

Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup.

Bahan Tumis dan Rempah

1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih 
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga

Bahan lain

1 ekor ayam ~ potong 4
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam 
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak. tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum
- Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus
- Masukkan juga jintan putih dan jintan manis serta lada sulah.
- Masak hingga garing dan terbit minyak
- Kemudian masukkan air secukupnya
- Biarkan air mendidih
- Bila dah didih, masukkan ayam dan kiub ayam
- Biarkan kuah merenih
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
- Akhir sekali masukkan sedikit santan jika suka
- Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.

- Keluarkan ayam dan toskan
- Larikan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti 
- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan
- Kemudian boleh lah di siat halus. 

SAMBAL KICAP
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
secubit garam
2 biji limau kasturi

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur
Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
Kisar halus
Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi


BEGEDIL KENTANG

1 kg kentang
250 gm ayam yang telah di rebus dan di siat halus-halus
2 biji telur
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang ~ di cincang halus
2 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk meggoreng.
Cara Membuatnya:
- Kentang di kupas, kemudian di hiris nipis bulat
- Goreng kentang hingga kuning keemasan
- Kemudian di tumbuk atau di lumatkan halus
- Ayam yang kita ambil dari soto tadi, jangan goreng ya.. kita larikan sedikit yang tak goreng punya dan kita siat-siat halus atau kita ramas-ramas hingga halus
- Anda boleh juga guna daging cincang, jika guna daging cincang, goreng sebentar daging dengan - sedikit garam hingga daging empuk
- Satukan kentang lumat dalam bekas.
- Masukkan ayam atau daging cincang ( ikut pilihan anda), kemudian masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang di cincang, lada sulah dan garam secukup rasa
- Kemudia kacau rata hingga semua sebati
- Kemudian bulat-bulatkan kecil-kecil
- Buat sampai habis
- Telur, pecahkan dalam bekas, letakkan secubit aje garam dan kocok lepas
- Panaskan sedikit minyak dalam luali leper. (jangan guna minyak banyak nanti ia serap minyak )
- Celupkan begedil dalam telur dan kemudian goreng dalam kuali
- Bila dah masak atau keemasan, angkat dan toskan minyaknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...