Pages

KUIH BOM

Kuih Bom lagi.. Selagi tepung pulut tak habis kat rumah.. selagi tu la ko akan dengar.. "Mama.. nak kuih Bom"...... nasib la nak buat kuih ni senang je...

Dulu kan.. sebelum i terror buat kuih bom ni.. ceh.... terror la sangat...   memang kuih ni meletup kebabom dalam kuali.. patut la namanya kuih bom.. fobia kejap... nak goreng tu memang kena pakai perisai la.. kalau tak.. ko kena bediri jauh dari kuali..meletup letup.. takut wooo.... tapi sekarang tidak lagi... siap boleh menari- menari2 je depan kuali..kah..kah..kah... tak meletop pon..

RESEPI KUIH BOM

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 sk garam
1 cawan air - atau lebih. (sehingga menjadi doh)

Inti - sukahati ( saya guna kacang hitam)

Cara membuatnya:
- Satikan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
- Kuih ni tak boleh lembik sangat. nanti meletup bila di goreng.
- Ambil Sedikit adunan sebesar bola pingpong. leperkan dan masukkan inti. bulatkan
- Kemudian golek-golekkan ke dalam bijan sehingga bijan menyelaputi keseluruhan kuih.
- Goreng dlm minyak sederhana panas sehingga kekuningan.
- Angkat dan sedap di makan semasa panas.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...