Kitaorang kat rumah ni.. memang hantu Tiramisu.... kalau buat kek ni kejap je habis.. sedap weyh... nak2 pulak makan sejuk2.. memang ko tak payah fikir berapa kalori dalam kek ni.. makan je.. lepas makan.. dah habis sila menyesal....
i buat simple je.. tak ada idea nak mendeco bagai..
Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi tiramisu yang mudah... klik link.. >Tiramisu mudah<.. kali ni untuk krimnya saya nak cuba rasa mousse pulak.. tak de beza pon.. 2 2 sedap.. lemak berkrim di sukai ramai... ^__^ jom layan resepi..
RESEPI TIRAMISU MOUSSE CAKE
Bahan Kek Span:
4 biji telur gred A
150g Gula kaster
150g Tepung Gandum
50g Susu cair/Uht
1 camb Ovalette
1 camb Esen Kopi
50g Minyak Jagung
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan kecuali MINYAK JAGUNG.
- Putar sehingga kembang, gebu dan pekat.
- kemudian masukkan perlahan-lahan minyak jagung dan putar sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang berukuran 9" x 9".
- Bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 35 minit atau sehingga masak.
- Keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas redai.
RESEPI MOUSSE
Bahan-bahan:
1 sudu kecil Gelatin
50g Gula
50g air
2 biji kuning telur
250g Gream cheese
250g Whipping cream
Cara membuatnya:
- Satukan gelatin, gula dan air. cairkan gelatin dan gula dengan menggunakan kaedah double boiler.
- perlahan2 masukkan kuning telur dan kacau sehingga adunan kelihatan berkim. angkat dan ketepikan.
- Di dalam bekas lain. putar creamcheese sehingga lembut. masukkan gelatin tadi. putar sebati.
- masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga adunan kelihatan kental.
BAHAN LAIN:
Serbuk Koko - untuk taburan
Instant Coffee - bancuh
CARA PENYEDIAAN KEK TIRAMISU:
- Potong kek 3 bahagian. ketepikan. Bancuh nescafe bersama air panas.
- sediakan 1 bahagian kek. tuang instant coffee di permukaan kek. sapu keseluruhan dengan cream.
- Taburkan serbuk koko menggunakan penapis teh. ulang langkah tadi sehingga kek terakhir.
- sapu keseluruhan kek dengan cream. akhir sekali tabur serbuk koko. boleh di hias dengan menggunakan coklat ganache.
- sedap di makan sewaktu sejuk.
No comments:
Post a Comment