Pages

KUIH KASTURI / RENGAS SEDAP




Kitaorang kat rumah ni tak sah kalau tak de kuih buat minum petang.. mula la sorang2 tanya.. "mama hari ni nak buat kuih apa?" baru nak rilek2 tengok cerita korea... dah kena bangkit balik masuk dapur... adeh....

tengok stok kelapa dlm freezer ada lagi.. kacang hijau tu ntah dah berapa lduduk dlm balang.. tetiba terfikir nak buat kuih kasturi... yang bestnya kuih ni.. kalau buat sendiri.. isi kacang hijau tu lembut je.. sedap sangat... tak sedar dah berapa banyak masuk dalm perut... esok2 je diet....

RESEPI KUIH KASTURI


Bahan Inti:
1 cawan kacang hijau - saya rebus dengan 5 cawan air
3/4 cawan gula
1 sk garam
1 cawan kelapa parut putih

Cara membuatnya:
- Rebus kacang hijau bersama garam sehingga empuk.
- Bila air dah kering kecikkan api dan perlahan-lahan masukkan gula.
- kacau sebati. masukkan pula kelapa. gaul sehingga semua adunan bergaul rata.
- sejukkan seketika sebelum di bentukkan bulat.



Bahan Salutan/batter:
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
1 sk garam
sedikit perwarna kuning
air secukupnya

Cara membuatnya:
- Satukan tep gandum, tep beras dan garam di dalam mangkuk.
- masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi seperti tepung goreng pisang.
- tambah perwarna kuning. kacau sebati.
- celupkan kacang hijau yang di bentukkan bulat tadi ke dalam tepung.
- goreng sehingga kekuningan. dah masak angkat dan toskan minyaknya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...