Pages

DORAYAKI SEDAP DAN GEBU




Layankan permintaan anak-anak nak makan pancake dengan aiskrim.. Balance tu kak nina letak inti kacang merah ready made untuk anak-anak bawak pegi sekolah. kak nina buat 2 adunan terus. sebab kalau buat 1 adunan jawabnya memang tak cukup la..


RESEPI DORAYAKI

Bahan-bahan:
4 biji telur
150g gula
2 sudu makan madu / liquid glucose
250g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 sk esen vanila
100ml susu uht

inti: kacang merah dll

Cara membuatnya:
- Pukul telur bersama gula dan madu terlebih dahulu sehingga berbuih. cukup menggunaka whisk sahaja.
- satukan soda bikarbonat, garam dan tepung kedalam mangkuk.
- kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu. kacau sehingga sebati.
- rehatkan adunan lebihkuran 20 minit.
- panaskan non stick pan.guna api perlahan
- tuang sedikit minyak ke dalam pan dan sapu/ lap menggunakan tisu atau  kain.
- Tuang sesenduk adunan pancake. masak sehingga adunan kelihatan berlubang dan sedikit meletup.
- terbalikkan pancake. masak pula bahagian sebelah sehingga keperang-perangan.
- angkat bila dah masak. sejukkan.
- letak inti di tengah-tengah pancace dan tutup menggunakan sekeping pancake lagi.
- tekan perlahan-lahan untuk meratakan inti kacang.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...