Sarapan pagi Kak Nina dengan anak-anak. Roti telur goreng. kekadang tu kak nina letak slice cheese kat tengah baru goreng dgn sedikit butter atas pan. tapi kebetulan cheese dah habis. buat kosong macam ni je la..
Semua anak-anak kak nina jenis pemakan budaknya.. Buat la apa pun... confirm licin.. macam roti ni.. kejap je licin... :)
RESEPI ROTI GORENG
Bahan-bahan:
roti - secukupnya
2 biji telur gred A
1/2 sudu lada sulah - jika suka boleh letak lebih
4 sudu makan susu uht
sedikit butter
Cara membuatnya:
- Satukan kesemua bahan KECUALI butter. putar sehingga sebati.
- sediakan roti yang telah di potong.
- panaskan pan. letak 1 sudu makan butter. biarkan mencair.
- Celup roti ke dalam telur sehingga tenggelam.
- kemudian letak di atas pan. goreng menggunakan api perlahan.
- ulang semula sehingga roti dan telur habis.
- boleh di hidangkan bersama sos coklat dan lain-lain
No comments:
Post a Comment